Pages

Tuesday, December 28, 2010

Farah Asyikin Anggap Tiada Rezeki

Bintang Malaysian Idol, Farah Asyikin menganggap sudah tiada rezeki untuk meneruskan promosi lagu duetnya bersama allahyarham Shamrin. Lagu "Kamu Aku Satu", masih tidak mendapat airplay hingga hari ini, atas alasan menghormati akan pemergian arwah. Farah akur akan keputusan itu dan untuk meneruskan kerjaya seninya, beliau akan melemparkan single terbaru ciptaannya berjudul Ada Mu. Lagu balada ini berkisah tentang CINTA secara global. Farah amat berharap peminat-peminatnya akan menerima lagu ini, kerana beliau masih beranggapan para peminatnya masih melabelkan beliau sebagai penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu berentak lagu (fast).
Ok, kepada peminat-peminat Farah Ashikin. Nantikan Ada Mu tidak lama lagi.

Marsha "Yang Pertama"

Pelantun "Ruang Kedua" yang baru saja menyambut ulangtahunnya pada 6 November lalu, akhirnya telah menyempurnakan semua lagu yang bakal dimuatkan dalam EP pertama beliau yang berjudul "Yang Pertama". Judul itu dipilih bersesuaian dengan penantian Marsha untuk mempunyai album selepas bergelar graduan Akademi Fantasia musim ke-4. Akhirnya 5 buah lagu sudah siap untuk menjengah pasaran. Antara lagu-lagunya, Ruang Kedua (duet bersama Julian Cely), Tak Perlu Selamanya, Bila, Janji & Kita.


Tarikh 11.1.11 telah dipilih sebagai tarikh keramat untuk Marsha merilis album ini dan satu sidang media akan di adakan di salah sebuah pusat hiburan eksklusif. Bagi, peminat-peminat Marsha Milan Londoh. Pastikan anda memiliki album Yang Pertama !!!

Tuesday, December 21, 2010

DynDa di Hot FM 21

Sila undi di Hot FM sekarang !

Kuiz "Teka Apakah Jenama Kasut Elly DynDa" ?


a- Supra
b- SPX
c- Adidas
d- Nike

The Making of "Seluruh Mahabbah" - Amer Munawer



Nantikan video penuh "Seluruh Marhabbah" daripada Amer Munawer pada Januari 2011 ini. Sedikit info tentang pembikinan video musik ini. Lokasi penggambaran di lakukan di sekitar Taman Tun Dr. Ismail serta di salah sebuah rumah anak yatim di Sg. Penchala juga di pejabat Alibi Music Sdn. Bhd.

Director: Khaidir Shahri
Director of Photography: Salahuddin
Editor : Salahuddin/Khaidir Shahri
Idea Asal : Amer Munawer

Alibi Music Sdn Bhd melantik Boombox Republic sebagai jentera promosi



Alibi Music Sdn Bhd, salah satu syarikat independen paling aktif di Malaysia terus mengorak langkah dengan bekerjasama bersama Boombox Republic dalam mengendalikan promosi dan perhubungan awam  untuk artis-artis di bawah naungannya.
Antara artis-artis yang bernaung di bawah Alibi Music Sdn Bhd adalah The Fabulous Cats, Liyana Jasmay, Marsha, Ezlynn, Atilia, Dayang Nurfaizah, Awal Ashaari, Dynda, Sleeq, Asfan, Amer Munawer, Muzzy, Nabil Zamanhuri dan beberapa nama lagi.
Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, kerjasama diantara Alibi Music Sdn Bhd dan Boombox Republic berkuatkuasa Januari 2011, setahun selepas kelahiran Alibi Music Sdn Bhd.
“Industri musik kini semakin kompetitif. Oleh itu, kami melantik Boombox Republic untuk menyumbangkan idea-idea kreatif bagi memastikan Alibi Music Sdn Bhd terus maju dan aktif dalam industri muzik.
Kami melihat kerjasama ini sebagai satu langkah positif dalam mengukuhkan penjenamaan Alibi Music di persada musik tanahair.
Pelbagai perancangan seperti pelancaran album, mini showcase, pertandingan tarian, aktiviti luar dan program kebajikan telah dirangka untuk tahun 2011.
Sebagai pembuka tirai, kami akan mengadakan majlis pelancaran dan sidang akhbar sempena kelahiran album pertama Marsha Londoh pada pertengahan Januari akan datang.
Banyak yang telah kami pelajari sepanjang tahun 2010 dan kami melihat pengalaman itu sebagai ‘learning curve’ kami.
Kini kami semakin matang, penuh bersemangat dan melihat tahun 2011 yang penuh dengan peluang keemasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya  kepada KC Ismail yang telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Musik Alibi baru-baru ini.
Hubungan kami sangat akrab dan kami bekerja ibarat satu keluarga. KC telah memberikan banyak sumbangan kepada Alibi Music Sdn Bhd dan segala usaha beliau sangat dihargai.
Semoga KC Ismail akan terus berjaya dalam kerjaya barunya itu” ujar Ferhard mengakhiri perbualannya.
Boombox Republic yang mempunyai pengalaman lebih dari sepuluh tahun dalam muzik dan pengurusan acara akan merangka, melaksana dan memantau promosi dan perhubungan awam bagi pihak Alibi Music Sdn Bhd.
Boombox Republic akan dikendalikan oleh Encik Roslan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Achik.
“Sememangnya kami sangat teruja dengan kerjasama ini dan kami ingin berterima kasih kepada Encik Ferhard Ahmad di atas kepercayaan yang diberikan.
Sebagai jentera promosi, kami akan berusaha gigih untuk memastikan Alibi Music mencapai misi dan visinya dalam memajukan industri hiburan tanahair.
Pelbagai agenda telah dirangka dan banyak aktiviti telah dirancang untuk Alibi Music bagi mempromosi serta memasarkan produk-produk mereka.
Tahun 2011 sememangnya akan menjadi tahun yang produktif buat Alibi Music Sdn Bhd”, ujar Achik yang berpengalaman luas dalam industri musik tempatan.
Antara artis-astis yang pernah bekerjasama dengan Achik adalah Ahli Fiqir, Jamal, M.Nasir, Ramli Sarip, Saleem, Ning Baizura, XPDC, Raihan dan ramai lagi.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Achik (Pengurus) di +6016-2950728 atau  email achik@boomboxrepublic.com